• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patriot Gesa Siasatan Penuh Berhubung Perjanjian AES

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar diadakan siasatan menyeluruh berhubung perjanjian berat sebelah di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Presidennya Brig. Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia harus bertindak segera tanpa perlu menunggu laporan berhubung pendedahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menggunakan dananya untuk membayar sejumlah RM555 juta kepada dua syarikat terbabit bagi mengambil alih AES.

“Patriot ingin tahu siapakan pemilik dua syarikat konsesi AES iaitu ATES dan Beta Tegap serta kenapa pengarah urusan dan lembaga pengarah LTAT membenarkan penggunaan wang berjumlah RM555 juta itu?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat, Loke mendedahkan pembayaran berjumlah RM295 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM260 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd tersebut tidak melibatkan pengambilalihan aset yang besar tetapi hanya untuk 40 unit kamera AES.

Mohd Arshad berkata tindakan menggunakan dana LTAT dengan cara yang demikian merupakan kesalahan pecah amanah.

Katanya LTAT diitubuhkan khususnya untuk menjaga kebajikan dan menguruskan faedah-faedah persaraan anggota tentera.

“Patriot menggesa LTAT yang memiliki empayar perniagaan yang besar agar lebih serius menjaga kebajikan anggota serta veteran tentera seperti menyediakan peluang pekerjaan, menawarkan latihan sambil bekerja dalam kursus peralihan sebelum persaraan dan biasiswa untuk anak-anak mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: AES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

07/02/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai...

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

04/02/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd