• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPIM Kritik Menteri PH Lebur Harapan Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat lima jenis menteri selepas 100 hari pentadbiran ‘Malaysia Baharu’ iaitu ‘Menteri Twitter’, ‘Menteri Kajian Berterusan’, ‘Menteri Akan-bagi-input’, ‘Menteri U-turn’ dan ‘Timbalan Menteri Mendahului Menteri’.

Exco Penerangan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Irfan Faruqi Mohamad Fairus berkata, harapan rakyat yang mahukan perubahan kini lebur dengan kegagalan professionalisme dan watak menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“‘Malaysia Baharu’ dambaan rakyat Malaysia ialah Malaysia yang pro-reformasi yang mengakar harapan. Harapan ekonomi marhaen yang melegakan. Harapan institusi perundangan, pentadbiran dan kehakiman yang telus. Harapan pendidikan yang menginsankan generasi mendatang.

“Sayang seribu kali sayang, harapan lebur dengan kegagalan professionalisme dan watak menteri-menteri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PKPIM merupakan salah sebuah persatuan pelajar yang lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dilihat pro-Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Irfan Faruqi berkata, benar rakyat harus bersifat adil dengan Menteri baharu yang masih kekok dalam membawa watak sebagai menteri, namun persoalannya, sampai bila rakyat harus toleransi dengan menteri yang asyik ‘ter-salah pintu’?

Kata beliau, beberapa isu gagal ditangani dengan baik oleh menteri PH bermula dengan isu perancangan pengurusan hutang negara, pengiktirafan silibus pembelajaran alternatif, hutang graduan PTPTN dan isu kaum asal dan pendatang.

Beliau turut mengingatkan, rakyat mengikuti rapat perjalanan pimpinan kerajaan ‘Malaysia Baharu’ kerana fokus mereka adalah kepada agenda reformasi, bukan sibuk menguruskan kontroversi.

“Sekiranya menteri masih degil dengan sikap kebudak-budakkan masing-masing, ingin dijelaskan bahawa yang ‘asal’ itu ialah kuasa rakyat, yang ‘pendatang’ itu ialah anda yang datang berkuasa mandat rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Menteri Pakatan HarapanPKPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Tak Layak Dapat Pencen Khidmat Kurang 36 Bulan

25/02/2020
0

SHAH ALAM - Ahli Jemaah Menteri sedia ada berkemungkinan tidak mendapat kelayakan pencen sekiranya mereka dihentikan perkhidmatan susulan desas-desus pembentukan...

Daim Kata Ada Menteri Angkuh Ada Kebenaran – Redzuan

18/02/2020
0

MELAKA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, menyifatkan kenyataan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd