• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Rakyat Marah Gagal Tunai Janji, Saman AES Dibatal

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH dikutuk rakyat kecewa banyak janji manis manifesto Pakatan Harapan (PH) gagal ditunai dalam 100 hari, kerajaan baharu itu mula batal saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Ini melibatkan kesemua 3.1 juta saman AES membabitkan nilai RM435 juta yang belum pernah dibayar pesalah trafik tersebut sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012 yang tidak pun melibatkan sebarang peruntukan kerajaan.

Selain itu, AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak sambung kontrak dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. Bagaimanapun mereka yang sudah bayar saman AES itu tidak pula akan dapat tuntut balik bayaran tersebut.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan oleh JPJ. Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum lagi berbayar.

“Ini dilaksana secara one-off,” katanya pada sidang media di Putrajaya, yang agak mengejutkan banyak pihak dan disifatkan pengamat politik tanah air cuba alih kemarahan rakyat terhadap kegagalan tunai janji manifesto.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook memberi dalih dengan berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan PH kononnya tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju bayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) secara berperingkat, yang digunakan kerajaan terdahulu bagi bayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

Siew Fook berkata, kerajaan juga bersetuju pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baharu bermula Julai 2019 ditangguhkan. – BH Online

Tags: dibatalkansaman AES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Projek Jana Wibawa RM7 Bilion Dibatalkan

Belanjawan 2023: Projek Jana Wibawa RM7 Bilion Dibatalkan

24/02/2023
0

PETALING JAYA – Projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, Jana Wibawa berjumlah RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara...

Sambutan Ambang Tahun Baharu Di Dataran Merdeka Dibatalkan

Sambutan Ambang Tahun Baharu Di Dataran Merdeka Dibatalkan

21/12/2022
0

PUTRAJAYA – Sambutan Ambang Tahun Baharu yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember depan dibatalkan oleh kerajaan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd