• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Rumawip ‘Bermasalah’ Akan Dilapor Kepada SPRM

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang didakwa dilaksanakan tidak mematuhi prosedur kerajaan akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata kajian oleh jawatankuasa khas menunjukkan terdapat beberapa projek yang diragui, namun ada projek berkenaan yang masih boleh diteruskan kerana tidak bermasalah.

Katanya, bagi projek yang memerlukan rundingan, pihaknya akan berjumpa dengan pihak pemaju untuk membuat perbincangan.

“Hasil daripada kajian dalam beberapa pertemuan dengan pihak jawatankuasa khas untuk menyiasat 97 projek tersebut, terdapat projek yang boleh diteruskan, tetapi ada juga projek-projek yang masih boleh dirunding dan juga projek yang memerlukan siasatan yang terperinci,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini.

Khalid berkata syor kajian ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat kabinet hari ini.

“Jika beliau (Tun Dr Mahathir) kata okay kepada syor yang kita majukan, kita akan teruskan perlaksanaan ini,” katanya.

Khalid berkata kerajaan terdahulu mengamalkan konsep tender tertutup dan rundingan terus untuk perlaksanaan projek Rumawip yang mendedahkan kepada kemungkinan wujudnya rasuah dalam perolehan projek.

Julai lepas, media melaporkan Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mahu SPRM menyiasat segera dakwaan awal 64 lot penjualan tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju yang didakwanya tidak mematuhi prosedur kerajaan. – BERNAMA

Tags: RumawipSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd