• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazrul Sham Optimis Bangkit Di Temerloh

oleh
16/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHMAD Fazrul Sham yakin mampu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan kelas CP150 walaupun belum berada pada prestasi terbaik menjelang pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, 18 dan 19 Ogos ini.

Pelumba AHM Nanoplus Yamaha Racing itu hanya tampil dalam Kejuaraan Cub Prix musim 2018 bermula pusingan kedua di Selangor dan menamatkan saingan di kedudukan ke-14 manakala memperbaiki keputusan ke tangga kesembilan pada psuingan lepas di Jasin, Melaka.

Namun begitu, juara keseluruhan CP130 musim 2015 itu akui litar di Temerloh bukanlah litar kegemarannya sepanjang lima musim lepas memandangkan pencapaian terbaiknya hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh pada musim 2016.

“Rekod saya di Temerloh tidak begitu baik. Pada tahun 2013 saya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 manakala pada tahun 2014 di tempat ke-13. Malah saya juga kekurangan data di litar ini kerana tidak beraksi pada musim lepas dan juga pada tahun 2015,” jelas Fazrul.

“Jadi, jika mahu bercakap tentang peluang untuk menaiki podium, ia mungkin agak berat untuk saya, tambahan pula saya masih mencari keserasian dengan jentera, tetapi sudah tentu saya dan jurutera pasukan akan memberikan yang terbaik, begitu juga dengan rakan sepasukan, Mohd Rozaiman Said dan Md Iqbal Amri Abd Malek.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd