• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wau 100 Kg Meriahkan Bulan Kemerdekaan

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengambil masa hampir satu jam bagi mendirikan replika wau gergasi seberat 100 kilogram sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Usaha mendirikan wau setinggi 18 meter dan lebar 17 meter di padang sekolah itu membabitkan tenaga 861 warga sekolah bermula jam 12.30 tengah hari tadi.

Lebih menarik, wau gergasi itu turut dijahit secara bergotong-royong membabitkan guru, murid, kakitangan sekolah, penduduk kampung dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dengan memperuntukkan lebih empat jam sehari bagi menyiapkan replika itu.

Guru Besar SK Ketereh, Che Hassin Isa, berkata ketinggian wau itu diukur mengikut tahun sambutan Hari Kebangsaan manakala lebarnya 57 kaki sempena negara merdeka pada 1957.

Katanya, pihaknya mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan replika gergasi itu yang diperbuat daripada 35 rangka buluh muda, 150 bendera Malaysia bersaiz besar dengan berat mencecah 100 kilogram.

“Replika wau itu dipilih sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai simbolik permainan tradisional masyarakat Kelantan.

“Wau ini akan berada di padang sekolah selama sebulan sehingga 16 September depan sempena Hari Malaysia dan kedudukan padang sekolah yang terletak berhampiran Jalan Kota Bharu- Machang memudahkan pengguna jalan raya melihat keunikan replika ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah itu di sini, hari ini. – BH Online

Tags: Hari Kebangsaanwau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd