• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air di seluruh negara sepanjang tempoh cuaca panas.

Menterinya Dr Xavier Jeyakumar berkata paras air di empangan terbabit masih berada pada tahap baik dan mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

“Kementerian akan terus memantau paras air di seluruh empangan di Selangor dan kawasan lain…sekiranya berlaku situasi kritikal seperti sungai menjadi kering kita akan lepaskan air berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2017/2018 di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, hari ini.

Semalam, Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) menjangkakan beberapa negeri di semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak bakal menerima hujan pada bawah paras purata dari Ogos hingga September, berikutan fenomena Monsun Barat Daya yang kini melanda negara.

Menurut jabatan itu lagi, taburan hujan yang lebih rendah secara relatif sepanjang monsun itu boleh mengakibatkan kemarau, jerebu dan kebakaran hutan.

Sepanjang tempoh itu juga, julat suhu maksimum tertinggi di semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka berada antara 34 hingga 37 darjah Celcius.

Untuk rekod, pada 2016, enam empangan air iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis, Lebam dan Layang di Johor, Milau dan Babagon di Sabah serta Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan, mencatat penyusutan air ke paras kritikal susulan fenomena El Nino.

Dalam majlis itu, seramai 88 pelatih Intitut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) yang berjaya menamatkan kursus dianugerahkan Sijil Pengawas Hutan.

Xavier turut mengumumkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan dua blok asrama baharu yang mampu menempatkan hingga 200 pelatih. – BERNAMA

Tags: empanganparas air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Harimau Belang Masuk Perangkap, Ditembak Pelali

Paras Air Sungai Bidor Melepas Paras Bahaya

20/12/2023
0

Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak pagi ini kekal 64 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd