• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selidik, Siasat Kes Kematian CEO Cradle Fund Ikut SOP

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan jabatan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya terutama pasukan forensik dan penyiasatan menjalankan siasatan kes itu secara terperinci sebelum menyerahkan laporan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak bomba membuat siasatan secara terperinci dan ia bukan sahaja melibatkan siasatan oleh manusia, malah melibatkan pasukan K9 iaitu anjing terlatih untuk mencari bukti.

“Berhubung isteri arwah (Nazrin) menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat dakwaan tidak benar mengenai kes itu adalah tidak benar…keputusan yang diumumkan itu adalah berdasarkan hasil daripada siasatan yang dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang melaporkan isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd itu membidas badan penyiasat yang didakwa tidak telus dalam menjalankan siasatan kes kematian suaminya serta menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat dakwaan tidak benar mengenai kes itu.

Samirah Muzaffar dilaporkan berkata biarpun sudah membuat permohonan kepada jabatan bomba, dia tidak menerima sebarang laporan mengenai perkembangan siasatan kerana ia diklasifikasi sebagai kes berprofil tinggi.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan siasatan berhubung kes itu kepada keluarga mangsa atau orang ramai kerana telah menyerahkannya kepada polis dan ia akan menjejaskan siasatan.

Beliau berkata adalah menjadi SOP pihak bomba jika sesuatu hasil siasatan itu nampak luar biasa dan terdapat unsur jenayah, ia akan diserah kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

“Kami juga mendapat nasihat undang-undang supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu dan saya minta keluarga serta orang ramai sabar…biar polis jalankan siasatan lanjut.

“Lagipun saya tidak berhasrat untuk menjawab semua tuduhan isteri arwah dan berdebat dengannya melalui media kerana kami telah menjawab menerusi surat rasmi kepadanya sebelum ini,” katanya.

Kes itu telah dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin dilapor meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara, Selangor. Telefon bimbitnya dilapor meletup semasa mengecas. – BERNAMA

Tags: Bombakes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd