• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas 20 Tong Minyak Petrol Di Semporna

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 20 tong minyak petrol dari sebuah bot laju tanpa nombor pendaftaran dalam operasi yang dijalankan di 0.75 batu nautika dari Kampung Sri Aman dekat sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim (PZM) Semporna, Leftenan Komander Amiludin Yenggah berkata dalam operasi pada pukul 11.30 pagi, anggota agensi itu mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan namun juragannya memecut laju bot itu sebelum terjun ke laut di kawasan cetek dan melarikan diri.

“Pemeriksaan ke atas bot menemukan 20 tong minyak petrol dianggarkan 350 liter bernilai RM11,800,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amiludin berkata bot laju dan tong minyak dirampas kerana kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta kawalan Bekalan 1961 dan diiring ke jeti Kem Azumi untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata Maritim Malaysia komited meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan mengenai perlanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi bilik operasi Maritim Malaysia Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999 bagi kes kecemasan di laut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: APMMMinyak Petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd