• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Jumlah Hujan Dijangka Bawah Paras Purata

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri di Semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata sepanjang Ogos hingga September, berikutan cuaca panas.

Negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu disebabkan negara sedang mengalami fasa musim Monsun Barat Daya yang antara lain turut menyebabkan suhu menjadi lebih panas daripada kebiasaan.

“Cuaca panas yang melanda di kebanyakan kawasan negara dijangka berlarutan sehingga hujung minggu ini, namun siri cuaca panas masih boleh berlaku sehingga monsun itu berakhir pada hujung September ini.

“Kesemua negeri dijangka kembali menerima hujan pada paras purata mulai September kecuali Sarawak,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Menurut jabatan itu lagi, taburan hujan yang lebih rendah secara relatif sepanjang monsun itu boleh mengakibatkan kemarau, jerebu dan kejadian kebakaran hutan.

Sepanjang tempoh itu, julat suhu maksimum tertinggi bagi kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka berada antara 34 hingga 37 darjah Celcius, katanya.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 petang ini, menunjukkan kawasan pantai barat Semenanjung dan Sarawak dilanda jerebu sederhana.

Kebanyakkan kawasan terbabit mencatat bacaan sederhana antara 53 hingga 71, manakala bacaan tertinggi adalah di Mukah, Sarawak (85).

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya). – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd