• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Kehakiman Mesti Terpisah Dan Bebas

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman adalah komponen penting, walaupun bukan satu-satunya dalam sistem semak dan imbang.

Professor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata badan kehakiman mestilah terpisah dan bebas daripada dua badan lain di negara ini – badan eksekutif dan perundangan.

“Ia adalah seperti injap keselamatan yang tanpanya demokrasi tidak dapat berkembang. Atas sebab ini, kebebasan badan kehakiman harus dilindungi, integriti dan keupayaan harus dihargai dan tindakan menghormati keputusan mahkamah harus dipertahankan.

Para hakim, baik lelaki dan wanita, mestilah berintegriti, tidak berat sebelah dan mempunyai kebijaksanaan dalam perundangan. Selain mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang, mereka juga harus mempunyai “sense of justice.”

Mereka harus mempunyai keberanian moral untuk berdepan antara rakyat dan negara serta mentadbir keadilan tanpa berat sebelah dan tunduk kepada dua badan lain itu,” kata beliau dalam ucapannya bertajuk “30th Anniversary of the 1998 Judicial Crisis: Lesson about the Importance of Judicial Independence and Impartiality” di sini.

Beliau juga berkata doktrin struktur asas telah dipulihkan dan bidang kuasa kehakiman yang tersekat melalui pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan nampaknya telah dikembalikan dan menambah kuasa semakan mahkamah sivil terhadap mahkamah-mahkamah syariah telah ditekankan.

“Peraturan “locus standi” telah diliberalisasikan. Doktrin baharu “proportionality” dalam undang-undang pentadbiran telah diperkenalkan,” kata beliau.

Shad selanjutnya berkata prinsip keadilan semulajadi telah diangkat daripada peraturan common law kepada sebahagian daripada proses sewajarnya dan pelaksanaan saksama di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan dalam kebanyakan kes, perlembagaan ditafsirkan secara prismatik. – BERNAMA

Tags: Badan Kehakiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

Jangan Buat Tuduhan Melulu Terhadap Badan Kehakiman – Raja Perlis

05/07/2022
0

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru masyarakat agar menghormati serta memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman di negara...

‘Siasatan SPRM Serangan Terhadap Badan Kehakiman’

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd