• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Pondan

oleh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Denda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap lelaki yang disabitkan kesalahan kerana berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti pondan di tempat awam di negeri ini, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad.

Beliau berkata tindakan itu boleh dikenakan terhadap pesalah warga tempatan dan orang luar yang datang ke negeri ini.

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Peguam Syarie di Jabatan Syariah, Tunjong di sini, hari ini.

Bagaimana pun beliau tidak pasti undang-undang negeri ini berkenaan pondan sama dengan negeri lain tetapi yang beliau pasti, undang-undang negeri ini jelas mengatakan sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam boleh didenda atau dihukum penjara di bawah enakmen itu.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius,” katanya.

Daud percaya pondan masih wujud di Kelantan kerana beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini.

Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80- an,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kekurangan dalam menjalankan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan bebas mengadakan aktiviti mereka. – BERNAMA

Tags: Pondan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd