• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ini Jadi Bualan Sebab Malu Pandang Wanita

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN duet nyanyian Ayda Jebat bersama peserta program I Can See Your Voice Malaysia iaitu Badruzzaman Abdul Ghani yang menjadi trending nombor satu di laman Youtube menerima pujian penonton.

Selain kerana memiliki suara yang merdu, dia turut menerima komen murni netizen kerana menjaga pandangan mata ketika berduet dengan penyanyi popular tersebut menerusi lagu Pinjamkan Hatiku nyanyian asal Ayda bersama Adi Priyo.

Menurut Badruzzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Ais Krim, dia teruja dan berasa malu ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi cantik itu.

“Pertama kali berjumpa Ayda dan perlu menyanyi bersama dia terasa malu, lagi pula saya tak pernah berduet dengan mana-mana wanita.

“Ayda sangat cantik dan segan nak tatap muka dia,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, jejaka berusia 23 tahun ini tidak menyangka rakaman nyanyiannya dalam program tersebut menjadi perbualan.

Malah, dia juga mengakui sudah menerima beberapa undangan nyanyian setelah tular video tersebut.

“Tak sangka video itu jadi viral di Youtube dan Alhamdulillah selepas program tersebut saya ada menerima undangan nyanyian.

“Insya-Allah kalau bersesuaian waktu dan masa saya akan terima tawaran tersebut.

“Sejujurnya, saya memang nak jadi penyanyi dan bersedia bergelar penyanyi jika ada yang menawarkan peluang tersebut,” ujarnya.

Pertandingan yang disiarkan di NTV7 itu membariskan Mark Adam, Jihan Muse dan Seelan Paul selaku juri tetap manakala juri jemputan minggu lalu ialah Syazuwan Hassan dan Jaja Iiliyes. – Mstar

Tags: Ayda JebatNTV7
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Selamat Tinggal NTV7, Anda Akan Dirindui”

16/02/2021
0

SHAH ALAM - Drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon, Crayon Shin-chan termasuk Edisi Siasat antara rancangan paling popular Natseven...

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd