• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Nasional Ke-3 Tak Canggah Polisi Kurang Sesak Jalan

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.

Beliau berkata ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.

“Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif,” katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk melancarkan kereta nasional ketiga yang disifatkan bercanggah dengan polisi kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar raya utama negara.

Menjawab soalan Rozman mengenai tarikh pelancaran kereta nasional itu, beliau berkata rancangan tersebut masih pada peringkat cadangan.

Leiking berkata jika pelancaran itu menjadi nyata, selain daripada insentif percukaian, insentif menarik lain akan diberikan kepada pengusaha mengikut polisi yang terkandung Dasar Automotif Nasional (NAP) 2018 yang akan diumum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menjawab soalan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang mahu industri kereta nasional ketiga ditumpukan di Pantai Timur berbanding sebelah Pantai Barat sebelum ini, beliau berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

“Saya juga gembira jika industri ini ditumpu di kawasan Sabah dan Sarawak. Kita akan pertimbangkan supaya ia digalakkan di kawasan Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas. – BERNAMA

Tags: kesesakan lalu lintasprojek kereta nasional 3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

24/05/2022
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota....

Jalan Sesak Orang Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota

04/05/2022
0

PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ketika ini ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd