• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESTCON 2018: Masyarakat Perlu Sedia Hadapi Perubahan Teknologi

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu dilatih dan didedahkan semula dalam pelbagai aspek teknologi bagi memacu kesediaan terhadap perubahan dan kemajuannya pada masa akan datang.

Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata masyarakat yang berada dalam zon yang selesa akan menghadapi kesukaran bagi mengadaptasi perubahan teknologi yang menjadi keperluan masa hadapan.

“Dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup, kita akan ketinggalan jika kita tidak bersedia. Perlu ada usaha untuk mendedahkan komuniti di luar sana terhadap perubahan pada masa depan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penutup Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia 2018 (ESTCON 2018) di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Inaraissah Munirah Majilis menyampaikan anugerah Kertas Kerja Terbaik ESTCON 2018 kepada sepuluh penerima sebelum menyempurnakan majlis penutup ESTCON 2018 yang telah berlangsung sejak Isnin.

Dr Mohamed Ibrahim menambah, adalah satu realiti bahawa tahap penggunaan internet dan teknologi berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) masih rendah di Malaysia.

“Melainkan untuk kegunaan peribadi, seperti penggunaan gajet, telefon pintar tapi apabila melibatkan aplikasi untuk industri ia masih lagi rendah.

“Hal ini mungkin disebabkan oleh kos yang tinggi dalam menggunapakai teknologi. Hanya industri yang berupaya dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh akan lebih kehadapan.

“Bagi mengatasi masalah ini, pemain industri perlu dididik supaya mereka lebih faham dengan fungsi teknologi dan mengaplikasinya untuk kemudahan industri berkaitan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ESTCON 2018tekologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd