• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Perlu Angkat Sumpah Sebelum 11 September

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sungai Sibuga sebelum 11 September ini atau mengosongkan kerusi itu.

Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan itu selaras dengan Perlembagaan Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.

DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas.

“Tan Sri Musa tidak perlu tunggu hingga 11 September dan boleh mengangkat sumpah pada bila-bila masa sebelum tarikh itu,” katanya ketika ditemui di sini.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah pada PRU lepas, namun hilang peluang tersebut selepas beberapa ADUN BN bertindak keluar gabungan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang kini Ketua Menteri Sabah baharu.

Musa dipercayai meninggalkan Malaysia pada 17 Mei untuk menerima rawatan kesihatan di United Kingdom. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd