• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dan Nepal Bincang Isu Pekerja

oleh
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sedang dalam perbincangan dengan Kerajaan Nepal bagi mencari penyelesaian mengenai isu pengambilan tenaga kerja dari negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran mendedahkan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan masalah itu dijangka ditandatangani tidak lama lagi.

“Memorandum itu secara prinsipnya dipersetujui oleh Nepal,” katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara ini ke Kabinet untuk mendapat kelulusan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Kula Segaran juga berkata kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung operasi Bestinet Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan penipuan lebih RM185 juta daripada rakyat Nepal yang mencari kerja di Malaysia.

Bagaimanapun, Bestinet menafikan dakwaan itu.

Beliau berkata Nepal berminat untuk menghantar pekerjanya ke Malaysia tetapi berikutan laporan berlaku eksploitasi dalam urusan itu, ia terpaksa menggantung penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia. – BERNAMA

Tags: M Kulasegaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd