• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM-PAN Bakal Gabung Untuk Kukuh Kedudukan

oleh Haris
14/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA parti termuda dalam Pakatan Harapan (PH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) dikatakan sedang membincangkan untuk bergabung bagi menguatkan kedudukan mereka dalam gabungan itu.

PPBM dan PAN memiliki jumlah kerusi Parlimen yang paling rendah dalam PH, yakni 13 bagi PPBM dan PAN mempunyai 11 kerusi.

Jumlah kedua-dua kerusi ini jauh ketinggalan berbanding PKR yang mempunyai 50 buah kerusi dalam Parlimen pada masa ini.

Parti paling dominan dalam PH, DAP pula mempunyai 42 kerusi, jumlah yang kurang sedikit berbanding PKR.

Jika digabungkan kerusi PPBM dan PAN, jumlah 24 masih jauh ketinggalan daripada PKR dan DAP.

Bagaimanapun, gabungan ini bakal memenuhi keperluan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam PH yang dikuasai DAP dan PKR, dan mungkin akan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan presiden PKR.

Kedua-dua PPPBM dan PAN sedar kedudukan mereka sekarang ini tidak sekuat mana, dan mereka mempunyai kemungkinan bertembung dan berebut kerusi kerana kedua-duanya mengejar undi Melayu.

Sebagai satu parti, mereka boleh bercakap dengan satu suara dan ini menjadikan kedudukan mereka lebih kuat untuk menghadapi PKR dan DAP.

PPBM dan PAN memperolehi jawatan menteri yang cukup banyak dalam kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Sekarang ini, PAN bergantung kuat pada Mahathir yang menjadikan kedudukan mereka setara dalam PH dan tidak dilayan sebagai parti dengan kerusi Parlimen paling sedikit.

PAN, terutama presidennya Mohamad Sabu bergantung pada Mahathir dan menyokong kuat segala tindakan pemimpin PPBM itu.

Pemimpin-pemimpin PAN percaya tanpa Mahathir, kedudukan mereka akan lebih terpinggir dan tidak dianggap rakan yang setaraf.

Ini turut dirasai oleh PPBM, yang menjangka kedudukan lebih sukar tanpa Mahathir sebagai perdana menteri dan pemimpin tertinggi PPBM.

Sekiranya jawatan perdana menteri beralih kepada Anwar, PPBM dan PAN tidak boleh mengharapkan layanan seperti yang diberikan oleh Mahathir.

Desakan inilah yang mendorong PPBM mahukan ahli UMNO menyeberang beramai-ramai memasuki partinya bagi mengukuhkan kedudukan.

PPBM yang mahu menggantikan UMNO sebagai parti mewakili Melayu mahu menjadi lebih besar dalam PH dengan penyertaan ahli UMNO.

PAN pula menyedari parti lebih besar PKR dan DAP tidak akan menghormatinya sebagai sebuah anggota komponen PH dengan kekuatan seperti hari ini.

Hubungan PAN dengan PKR terutama di Selangor agak mencabar kerana negeri itu dikuasai PKR dan kehadiran PAN masih kecil.

Hubungan dengan DAP juga tidak mudah kerana PAN dilayan seperti orang suruhan, dan dianggap menjadi suara DAP menyuarakan pandangan berkenaan Islam yang kontroversi.

Penggabungan PPBM-PAN ini bukan sahaja mengambil kira faktor Anwar sebagai perdana menteri tetapi juga mengambil kira tempoh jangka panjang.

Sekiranya berlaku, PPBM-PAN berharap akan dapat menjadi rakan yang lebih setaraf dengan PKR dan DAP dalam PH. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapanParti Amanah NegaraPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd