• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IC Merah Usia 60 Tahun Dapat Hak Warganegara

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastautin tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf kewarganegaraan, sekali gus diberi kad pengenalan biru, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegara akan diberi tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegara Malaysia.

“Saya mahu umumkan keputusan yang dibuat semalam selepas perjumpaan dengan rombongan wakil masyarakat India.

“Kami berbincang manifesto janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan kaum India yang memegang kad pengenalan merah iaitu seramai 3,407 orang, jadi mana-mana dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun, kita terus bagi kad biru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini yang turut dihadiri timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Dr Mahathir berkata terdapat beberapa lagi syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon taraf kewarganegaraan iaitu mereka perlu berada di Malaysia dalam tempoh 10 tahun terakhir dari 12 tahun mereka berada di negara ini dan boleh berbahasa Melayu.

“Untuk kelulusan dalam Bahasa Melayu, itu ‘simple’ sahaja kita buat. Jadi kalau mereka lulus kita boleh berikan kewarganegaraan,” katanya sambil menyatakan proses untuk mengeluarkan kad pengenalan biru itu mungkin mengambil sedikit masa.

Menyelesaikan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganegaraan dalam masa 100 hari terkandung dalam manifesto PH jika berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei lepas. – BERNAMA

Tags: kad pengenalan merahwarganegara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

Lahir Di Malaysia Tidak Semesti Warganegara Automatik

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kelahiran di Malaysia tidak membolehkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik, kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd