• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Belum Bincang Tindakan Terhadap Dr Nur Ilyani

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) belum mengadakan perbincangan sama ada tindakan akan dikenakan atau tidak terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis surat terbuka berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas seperti biasa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, ada menyatakan bahawa kenyataannya berkaitan LGBT adalah pandangan peribadinya.

“Perkara ini saya akan ambil perhatian dan tidak dapat buat apa-apa lagi tentang perkara itu kerana belum ada apa-apa perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Baru-baru ini, surat terbuka yang ditulis Dr Nur Ilyani kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkaitan isu LGBT yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya menjadi tular dalam media sosial.

Susulan surat terbuka itu, beliau dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam oleh satu kumpulan yang menggesa pegawai perubatan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu KKM.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM akan mengembangkan penawaran perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) ke peringkat penjagaan kesihatan primer berikutan penerimaan positif dan tinggi daripada orang ramai.

Beliau berkata perkhidmatan PTK itu kini terdapat di 15 hospital kerajaan dan menawarkan enam modaliti iaitu urut tradisional, akupunktur, shirodhara, terapi basti luaran, terapi varman dan rawatan herba sebagai rawatan sampingan kepada pesakit kanser.

“Setiap perkhidmatan PTK yang ditawarkan adalah berpandukan garis panduan amalan yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan di mana indikasi perkhidmatan, regim, prosedur kerja perkhidmatan dan sistem rujukan yang ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan amalan PTK yang selamat dan berkualiti diberikan kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: Kementerian KesihatanLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd