• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Korea Bersidang Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju semalam untuk mengadakan sidang kemuncak pada bulan depan, lapor agensi berita Yonhap susulan perbincangan peringkat tinggi di Zon Bebas Tentera yang memisahkan dua negara berkenaan.

Kedua-dua belah pihak ‘bersetuju pada pertemuan tersebut untuk mengadakan sidang kemuncak Korea Utara-Selatan di Pyongyang pada September ini seperti yang dirancang, Yonhap memetik satu kenyataan bersama sebagai berkata tanpa menyebut tarikh sebenarnya.

Lawatan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ke ibu kota Korea Utara itu akan menjadi kunju­ngan pertama seumpamanya dalam tempoh lebih satu dekad susulan pemulihan hubungan diplomatik di Semenanjung Korea.

Pada sidang kemuncak pertama antara Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Panmunjom April lalu, mereka bersetuju bahawa Presiden Korea Selatan itu akan melawat Pyongyang pada musim bunga.

Sementara itu, perbincangan peringkat tinggi yang diadakan di sebelah utara Zon Bebas Tentera merupakan hasil cadangan Korea Utara pada minggu lalu selepas Pyongyang mengecam Washington kerana meneruskan sekatan ke atas negara komunis itu.

Hubungan semakin pulih antara dua negara Korea itu yang bermula tahun ini memberi laluan kepada pertemuan bersejarah antara Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jun lepas.

AS bagaimanapun terus menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengekalkan sekatan ketat ke atas Korea Utara. Baru-baru ini, Seoul mendapati tiga firma Korea Selatan mengimport arang batu dari Korea Utara pada tahun lalu, sekali gus melanggar sekatan tersebut. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Korea SelatanKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd