• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Kecewa Shaqiri Pilih Liverpool

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho kecewa kerana gagal memintas Liverpool dalam perebutan terhadap Xherdan Shaqiri pada jendela perpindahan pemain yang ditutup minggu lalu.

Jurgen Klopp berjaya memuktamadkan perpindahan Shaqiri sebelum Manchester United mengadakan rundingan terbuka dengan pemain tersebut.

Pengendali kelahiran Portugal itu mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Bayern Munich dan Inter Milan itu ke Old Trafford yang hanya bernilai 12.5 juta pound sterling selepas Stoke City tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan.

Namun Mourinho terlambat apabila Klopp bertindak lebih pantas dan memujuk pemain kebangsaan Switzerland itu berpindah ke Anfield, lapor Blick.

Shaqiri dilaporkan kagum dengan corak permainan Klopp dan tidak berfikir terlalu lama untuk menerima tawaran Liverpool meskipun menyedari United turut berminat terhadapnya.

Southampton dan West Ham juga antara kelab yang berminat untuk menyambar Shaqiri.

Shaqiri memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool ketika menundukkan West Ham United 4-0 pada aksi pembukaan tirai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. – mStar Online

Tags: Jose MourinhoXherdan Shaqiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd