• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular: Bukan Cacing Dalam Kepala Udang

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) percaya objek seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang seperti dalam satu video yang viral, bukanlah cacing seperti didakwa tetapi sebaliknya kelonsong spermatozoa (spermatid) dari udang jantan yang matang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Media Komunikasi Korporat hari ini berkata, berdasarkan video tersebut pihaknya mendapati spesimen udang itu merupakan spesimen udang laut dari jenis udang putih Penaeus vannamei (white leg shrimp) yang diternak dan merupakan spesies udang ternakan dan produk eksport Malaysia.

“Objek putih seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang tersebut diyakini bukan cacing sebaliknya kelonsong spermatozoa (spermatid) dari udang matang jantan. Sebelum dikeluarkan ianya tersimpan dalam kelonsong yang panjang, mirip kepada bentuk cacing.

“Sperma akan dipindahkan dari udang jantan kepada udang betina semasa proses mengawan. Aktiviti pembiakan aruhan biasanya akan mengeluarkan kelonsong sperma dari spesimen dan membenam kelongsong tersebut kepada spesimen betina,” katanya.

Jabatan Perikanan berkata, berdasarkan kepada slanga bahasa yang digunakan dalam video tersebut, pihaknya percaya video berasal dari luar negara.

“DOF berharap orang ramai tidak kuatir terhadap pengeluaran udang dari sumber akuakultur. Di bawah program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) DOf akan terus meningkatkan pemantauan kualiti ikan/udang di peringkat ladang bagi memastikan hasil ternakan akuakultur adalah bebas dari kesan pencemaran dan selamat untuk di makan,” katanya. – BERNAMA

Tags: cacingudang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagi Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Dari China

27/06/2018
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel...

Cacing Pita 25 Inci Punca Pemain Hoki Sakit

28/05/2018
0

SEORANG pemain hoki, Carson Meyer, 20, yang menyangka dia menghidap penyakit serius akhirnya terkejut apabila rupa-rupanya 'kesakitan' itu adalah disebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd