• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USIM Meterai MoU Dengan Tujuh Pemain Industri

oleh
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tujuh pemain industri bagi mempromosi dan menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Tujuh syarikat tersebut adalah, Johawaki Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif Kumpulannya Datuk Abdul Rahim Ahmad; Rockwool Malaysia Sdn Bhd, Pengarah Jualan Ron Pickering; Berger Paint Co.Ltd (Thailand) oleh Ketua Pegawai Eksekutif PP Chin Hin Sdn Bhd, Micheal Tan (wakil pengedar produk Berger Pain Co.Ltd (Thailand).

Empat lagi syarikat ialah Zog Engineering Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Teknikal Calvin Chay; Nautical Sanitaryware Sdn Bhd oleh Pengarah Jualan Mohd Shahrul Anuar; Kelab Pembangunan Profesionalisme Arkitek Kuala Lumpur dan Selangor oleh Bendaharinya Ar. Mohd Azli Mohamad Jamil; dan Badai Solutions Sdn Bhd oleh Pengarah Urusan Rafidah Baharin.

USIM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Musa berkata ketujuh-tujuh syarikat terbabit akan memberikan sumbangan dan tajaan bahan-bahan pembinaan dan juga dana kewangan kepada USIM.

“Ia bagi menyokong usaha USIM melalui Projek Mizanhome yang akan mewakili Malaysia dan juga Asia Tenggara dalam pertandingan Solar Decathlon Middle East 2018 (SDME 2018) di Dubai yang bakal berlangsung pada November ini.

“Kerjasama daripada pihak industri dalam segala aspek bagi merealisasikan impian USIM untuk menjayakan Projek Mizanhome dalam pertandingan SDME 2018 mampu membuka minda dan peluang para pelajar untuk terlibat secara terus dengan pihak industri dan memperoleh pengalaman yang berharga pada masa akan datang,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

SDME 2018 merupakan pertandingan reka cipta kediaman solar anjuran Dubai Water and Electricity Authority (DEWA) dan diadakan di Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park, Dubai dari 14-29 Nov 2018. – BERNAMA

Tags: MoUUSIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd