• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Transgender Disaran Guna Tandas OKU

oleh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan transgender disaran menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) bagi mengelak kebimbangan dan perasaan tidak selamat dalam kalangan orang awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata saranan itu suatu langkah difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat diutarakan ramai pihak yang gusar berhubung isu tersebut.

“Apabila golongan ini (transgender) ke tandas wanita, orang perempuan pula berasa tidak selesa, tidak selamat. Sebab itu situasi ini menjadi satu dilema yang perlu difahami,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dilaporkan isu golongan transgender berkongsi tandas awam dengan wanita hangat dibincangkan pelbagai pihak susulan sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertemu wakil komuniti transgender, Nisha Ayub.

“Kita perlu fahami mereka juga perlu gunakan kemudahan dan tempat awam. Kita tidak boleh menafikan hak mereka dan perlu berdepan situasi ini. Saya berharap satu hari nanti dengan usaha dilakukan, kita berjaya selamatkan mereka kerana sudah menjadi tanggungjawab kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKUtransgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd