• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Kaji Sekat Remaja Akses Internet Selepas 12 Malam

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk mengehadkan akses internet bagi remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi, seperti yang dilaksanakan di Jepun dan Korea.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kajian itu antara usaha menangani masalah ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

“Terdapat juga video game provider (penyedia) yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan. Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung ketagihan permainan video yang menyebabkan masyarakat menjauhi aktiviti harian.

Menjawab soalan asal Lukanisman sama ada ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dikategorikan sebagai masalah mental, Dr Lee berkata, kedua-dua tingkah laku itu tidak menyebabkan gangguan mental tetapi ia boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu.

“Ketagihan tersebut akan menyebabkan seseorang individu merasa terlalu ingin melakukannya sehingga menjadi tabiat yang akan memberi kesan yang menjejaskan aktiviti penting seperti pendidikan dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 yang dilaksanakan dalam kalangan remaja 13 hingga 17 tahun menunjukkan ketagihan internet berada pada 34.9 peratus.

Tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai corak penggunaan internet pada 2017 pula menunjukkan terdapat 24.1 juta pengguna internet di negara ini iaitu 80 peratus daripadanya mengakses media sosial dengan purata tempoh penggunaan lebih empat jam sehari. – BERNAMA

Tags: internetremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd