• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Wujud Satu Lagi RCP Di Sapinagoh, Beluran

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mewujudkan satu lagi Road Check Point (RCP) atau pusat pemeriksaan daratan di Sapinagoh, Beluran yang berkesinambungan dengan RCP di Kalabakan-Sapulut pada ketika ini.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata pelbagai siri tangkapan dilakukan sepanjang RCP dijalankan di Kalabakan-Sapulut sekali gus menyekat laluan itu daripada terus digunakan untuk elemen jenayah.

“Tetapi wujud balik masalah jalan-jalan tikus yang banyak dan ada jalan tikus baharu turut dikesan digunakan mereka ini (penjenayah) untuk mengelak sekatan keselamatan RCP (Kalabakan-Sapulut),” katanya.

“Kita (ESSCom) kenalpasti jalan tikus baharu di hutan dan jalan sawit yang sengaja di buat dengan cangkul dan boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Hazani berkata misalnya jalan tikus yang dikesan termasuk dari Kampung Murut, Kalabakan tembus ke Tingkayu, Kunak manakala dari Tingkayu boleh sampai ke Tongod, Sandakan.

“(Ekoran itu) Satu lagi RCP di Sapinagoh dilaksanakan bagi mengetatkan kawalan di daratan dari seberang elemen jenayah termasuk penyeludupan barang dan pendatang asing tanpa izin termasuk dari Sandakan ke Kota Kinabalu,” katanya Sapinagoh akan menggantikan pemeriksaan di Batu 32, Sandakan.

Menurut Hazani, pelaksanaan RCP juga disokong Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sewaktu dalam Mesyuarat Jawantkuasa Keselamatan Negeri pada minggu lepas.

Dalam pada itu, Hazani berkata bagi memantapkan RCP pihaknya turut membuat pemeriksaan mengejut di setiap jalan tikus dengan pasukan ESSCom yang sentiasa bersedia.

“Pelaksanaan RCP ini lebih berkesan jika pihak berkuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Imigresen, Kastam dan Jabatan Perhutanan turut serta di dalamnya,” katanya.

Selain itu, Hazani berkata pihaknya kini sedang mengumpul maklumat berkaitan pembalakan sejajar dengan kehendak kerajaan negeri untuk menghapuskan pembalakan haram.

“Ketika ini, lori kayu balak tidak lagi melalui laluan RCP Kalabakan-Sapulut tetapi mereka guna jalan tikus kerana ada longgokan sampah baru dikesan,” katanya.

Sementara itu, Hazani yang turut menitikberatkan soal integriti anggota dan pegawainya berkata dengan pelaksanaan RCP tersebut, banyak pihak yang tidak menyukai perkara itu.

“Sebab itu, saya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bersama kami di pusat pemeriksaan itu sepanjang masa memantau (integriti),” katanya lagi.

Dahulu, Jalan Kalabakan-Sapulut digunapakai oleh elemen jenayah untuk bersembunyi di Pendalaman Pantai Timur Sabah dan ke Pantai Barat Sabah sebab itu wujud idea melaksanakan RCP bagi mengekang perjalanan elemen tidak diingini tersebut. – BERNAMA

Tags: EsscomRoad Check Point
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd