• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Peronda Lebuhraya Bantu Kelancaran Perjalanan Jemaah Haji

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Pasukan Peronda Lebuh Raya Tabung Haji (TH) boleh diibaratkan sebagai antara wira yang tidak didendang dalam membantu memastikan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Walaupun ditempatkan agak jauh dari kota Makkah, pasukan ini bersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dan menghabiskan kebanyakan masa mereka di bawah panas terik di kawasan rehat dan lebuh raya untuk memastikan perjalanan bas jemaah haji dari lapangan terbang dan Madinah selamat sampai ke destinasi mereka.

Pengarah Operasi TH Jeddah bagi musim 1439H Mohamad Zamry Mohd Noor berkata pasukan peronda itu bertanggungjawab mengurus pergerakan jemaah haji ketika mereka tiba di lapangan terbang Jeddah ke Makkah, atau dari Madinah ke Makkah.

Jeddah dan Madinah adalah dua pintu masuk ke Arab Saudi untuk jemaah haji Malaysia.

“Pusat panggilan kami sentiasa memantau pergerakan bas-bas ini. Sebarang kelewatan atau kerosakan akan dilaporkan ke hotline kami dan kami akan menghantar pasukan untuk membantu dan meminta bas gantian apabila diperlukan.

“Pasukan peronda yang terdiri daripada enam orang, bergerak di dalam kenderaan utiliti GMC dan ditugaskan ke laluan Jeddah-Makkah dan Madinah-Makkah. Mereka dilengkapi sistem walkie- talkie Bravo dan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Berikutan keadaan padang pasir di sepanjang lebuh raya, Mohamad Zamry berkata setiap anggota pasukan peronda terdiri daripada petugas yang berpengalaman dan mereka akan turut bertindak memberikan pertolongan cemas sekiranya terdapat jemaah yang sakit di dalam bas.

Beliau berkata pasukan itu juga turut membawa pek-pek makanan yang terdiri daripada roti, kuih, buah-buahan dan minuman jika kesemua jemaah yang terkandas di dalam perjalanan dan perlu mengalas perut.

Setakat ini, beliau berkata pasukan peronda telah memastikan 648 bas dan daripada jumlah itu 364 bas dari Madinah dan 284 dari Jeddah, tiba ke pusat penginapan dengan selamat.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke Makkah mengambil masa dua hingga tiga jam (jarak 97 km), manakala perjalanan dari Madinah ke Makkah adalah perjalanan tujuh hingga lapan jam (424km), termasuk masa berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat.

Selain penerbangan ke Madinah, terdapat 47 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah, dengan jemaah terus menuju ke Makkah. Penerbangan terakhir ke Jeddah adalah pada 18 Ogos ini.

Sementara itu, Pengurus Pusat Panggilan Kecemasan Lebuhraya TH Jeddah musim 1439H, Shafie Sharif berkata, pasukan itu perlu memantau keseluruhan 893 bas musim haji ini.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada isu utama yang dilaporkan selain daripada empat bas mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah.

“Kerosakan itu hanya terdiri daripada 0.62 peratus daripada jumlah bilangan bas musim ini. Terdapat juga seorang jemaah haji wanita warga emas yang kami harus bantu memandangkan beliau datang ke Tanah Suci bersendirian,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiperonda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd