• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Fitnah Ismail Sabri Terhadap Kontraktor Selesai

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap seorang kontraktor atas dakwaan memuat naik pernyataan berunsur fitnah menerusi laman Facebook, selesai hari ini selepas defendan bersetuju menarik balik penyataan itu.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Zaid Omar berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Firuz Jaffril merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya dan tiada sebarang perintah terhadap kos dan ganti rugi dibuat.

“Plaintif (Ismail Sabri) tidak teruskan kes ini kerana sudah selesai secara penyelesaian penuh dengan penarikan balik penyataan yang dimuat naik oleh defendan (Zaid) dalam laman Facebook beliau,” katanya ketika ditemui selepas hakim merekodkan penyelesaian itu yang turut dihadiri peguam Samsinaralia Sahar, mewakili Ismail Sabri.

Latheefa berkata penyataan penyelesaian itu akan dimuat naik oleh Zaid dalam laman Facebook miliknya dalam tempoh 48 jam.

Zaid dalam penyataan penyelesaian berkata pada 12 Dis 2017, beliau telah disaman oleh Ismail Sabri atas catatan pada akaun Facebook miliknya menggunakan nama ‘Zaid Bera’ pada 26 Sept 2017.

“Saya dengan ini menarik balik penyataan tersebut dan menyiarkan perkara ini sebagai penyelesaian sepenuhnya terhadap saman tersebut. Saya akujanji untuk tidak mengulangi penyataan ini,” katanya.

Ismail Sabri mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalahguna kuasa yang diberi kepadanya sebagai menteri dan melangkaui bidang kuasa serta mengenepikan Ketua Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Pahang dan Giat Mara Cawangan Bera dalam pemilihan kontraktor tempatan untuk projek pemulihan perumahan kos rendah di Bera.

Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu juga membawa maksud bahawa beliau telah mengeluarkan arahan kepada Giat Mara Cawangan Bera bahawa pemilihan kontraktor tempatan akan dijalankan secara tender tertutup selain mendakwa beliau mengarahkan taklimat kerja kementerian dijalankan di pejabat UMNO dan tidak layak menjadi seorang menteri.

Katanya perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan kedudukan, reputasi peribadi, politik serta karakternya.

Oleh itu, Ismail Sabri menuntut ganti rugi am RM500,000, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama.

Zaid dalam penyataan pembelaannya mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan itu menerusi keadaan perlindungan bersyarat tanpa sebarang niat jahat dan perkataan yang didakwa fitnah itu adalah satu komen berpatutan membabitkan isu kepentingan awam.

Defendan juga mendakwa komen itu adalah bertujuan untuk menyuarakan pendapat berhubung kelemahan dan kepincangan sistem pemberian kontrak oleh KKLW. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabrikontraktor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

17/11/2025
0

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd