• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Kafe Siber Warga India Dituduh Rasuah

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kafe siber warga India, Subbiah Retinam, 47, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan cuba memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen bulan lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, Subbiah didakwa menawarkan rasuah berupa wang tunai RM3,000 kepada Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.

“Rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang terhadapnya yang disyaki melakukan aktiviti mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara palsu.

“Tindakan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 55D, Akta Imigresen 1959/63,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tertuduh turut didakwa memberi RM3,000 kepada Faizal Fazri sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di premis bernombor 206, Tingkat A1, Jalan Tun Sambathan, Brickfields di sini pada 28 Januari 2015.

Kata kenyataan itu, jika sabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan didenda lima kali nilai rasuah.

Jelas kenyataan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Allaudeen Ismail membenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia bagi kedua-dua pertuduhan.

Manakala, pasport antarabangsa dan dokumen perjalanan tertuduh ditahan oleh mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

“Mahkamah menetapkan 4 Mac 2015 untuk pengurusan kes.

Dia ditahan dalam Ops Brickfields yang dijalankan oleh SPRM dan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Video: Integriti Dan Rasuah

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd