• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Lupus Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Bersambung

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Ia adalah sebutan pertama selepas kali pertama dihadapkan di mahkamah itu pada 15 Julai lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said akan dimaklumkan perkembangan terkini kes, dan jika semua dokumen siasatan sudah lengkap, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, yang didakwa atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa Julai lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Tertuduh yang diwakili peguam M Dinesh dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff dibebaskan dengan ikat jamin RM18,000 serta syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi dan perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala bayi berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini, antara jam 6.20 dan 6.50 petang pada 3 Julai lalu.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin akan membacakan keputusan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh seorang wanita berhubung rampasan cakera padat (CD) ajaran Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Jill Ireland Lawrence Bill sebelum ini mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lapan CD itu.

Mahkamah sebelum ini sudah memerintahkan KDN memfailkan laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah sama ada ia eksklusif untuk orang Islam atau tidak.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah, Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah dan Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Rendah (LCCT), Sepang.

Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan CD itu dikembalikan kepada Lawrence Bill, tetapi mahkamah tidak mengeluarkan perintah terhadap pengisytiharan yang dimohon wanita itu bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan Allah.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan KDN memulangkan lapan CD mengandungi kalimah Allah milik Lawrence Bill selepas menolak rayuan KDN dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan permohonan pengisytiharan itu didengar semula di Mahkamah Tinggi. – BH ONLINE

Tags: bunuh bayiPengasuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

13/09/2024
0

Alor Gajah: Pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd