• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bincang Bawa Pulang Jet Didakwa Milik Jho Low

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang jet peribadi yang didakwa milik jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dipercayai, jet jenis Bombardier Global 5000 berharga AS$30 juta (RM122.55 juta) itu menggunakan duit curi daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, ada pihak dalam kerajaan yang sedang menguruskan ‘operasi’ membawa pulang aset yang dibeli menggunakan duit 1MDB dari Singapura.

“Ya, saya fikir begitu (bawa pulang jet). Kita mesti bawa pulang semula.

“Saya tidak tahu siapa. Ada pihak (dalam kerajaan) sedang menguruskan hal itu. Tetapi memang kita sedang berusaha untuk memperoleh semula wang yang dicuri daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke pameran lukisan – Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, hari ini.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan tahu siapa pihak yang menyeleweng wang 1MDB.

Namun, beliau berkata, masalahnya ketika ini adalah kerajaan masih belum dapat memastikan di mana ‘dalang’ dan aset berkenaan berada secara spesifik.

“Semua itu akan terungkai bergantung kepada bukti yang diperolehi bahawa wang aset itu kepunyaan kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai kenyataan Jho Low yang mendakwa kerajaan Malaysia yang ‘mempergunakan’ Amerika Syarikat untuk membawa pulang kapal layar Equanimity ke pelabuhan negara.

Dr Mahathir meminta Jho Low bertanya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat adakah beliau ‘mengawal’ mereka untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau makluman.

“Anda (Jho Low) boleh tanya pihak berkuasa Amerika Syarikat sama ada saya yang menyiapkan skrip, susun perkataan untuk digunakan dan sumbat dalam mulut mereka untuk bercakap. Dia patut terima (penahanan kapal layar Equanimity)

“Saya amat berbangga jika dapat sumbat mulut kerajaan Amerika Syarikat. Saya pasti lebih hebat daripada (Donald) Trump (Presiden Amerika Syarikat),” katanya. – BH ONLINE

Tags: jet peribadiJho LowTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd