• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzah Jamin Bawa Suara Petani Berhubung Bernas Kepada Menteri

oleh
11/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hari ini memberi jaminan akan membawa suara petani berhubung monopoli PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) kepada pengetahuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya beliau percaya Menteri berkenaan Datuk Salahuddin Ayub bersedia membantu menyelesaikan dilema pesawah terbabit dengan mengemukakan isu Bernas kepada kabinet.

“Kita tak boleh anggap kita tahu segala penyelesaian, kita kena dengar dan cuba selesaikan dengan mengambil kira pandangan mereka (petani),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama pesawah pada Festival Padi Antarabangsa Pulau Pinang, di Kampung Terus, Penanti dekat sini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata adalah amat penting isu monopoli Bernas itu diselesaikan memandangkan ia melibatkan dasar pengeluaran makanan negara.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Dr Norlela Ariffin yang turut hadir, berkata Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) perlu diwujudkan semula.

“LPN kena diwujudkan kembali kerana sekarang ini Bernas adalah satu syarikat swasta dan keuntungannya jika menurut Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini adalah RM1.8 bilion.

“Akan tetapi kalau tengok pesawah-pesawah kita kehidupan sangat menyedihkan, mereka puratanya hanya mendapat RM500 hingga RM700 ratus sehektar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd