• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Bantu Tanam Minat Pelajar Terhadap STEM

oleh
11/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM — Arus pemodenan yang semakin pantas berkembang telah memperlihatkan minat belia negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin berkurangan.

Menurut Laporan Modal Insan dan Sains 2015 oleh Akademi Sains Malaysia, semakin sedikit pelajar negara ini cenderung memilih untuk mengikuti bidang STEM di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi.

Melihat akan masalah itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil langkah proaktif membawa perubahan dalam pendidikan antaranya mempergiatkan lagi minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM melalui pelbagai kaedah terancang termasuk program Perak Metamorphosis of Young Stemers (PMOYST).

Menurut Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. PMOYST adalah salah satu program ‘Young Innovators Challange’ diwujudkan Fakulti Sains dan Matematik (FSM) yang mampu memberi pendedahan secara kreatif dan inovatif terhadap bidang sains.

“PMOYST 2018 kali ini menjadi program Mentor-mentee yang diwujudkan FSM sejak 2011 untuk berganding bahu bersama sekolah-sekolah di Perak bagi meningkatkan minat dan literasi pelajar terhadap bidang STEM.

“Jadi menerusi usaha ini, kita mengharapkan program ini mampu menarik minat para pelajar mendekatkan diri ke arah STEM,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program Perak Metamorphosis of Young Stemers (PMOYST) 2018 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri Dr Abdul Aziz Bari di UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Dr Shatar berkata masalah itu perlu diatasi kerana negara ketika ini jauh ketinggalan dengan hanya 3 peratus tenaga pekerja dalam bidang berkaitan STEM jika dibandingkan dengan gergasi ekonomi global seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Singapura yang mempunyai 30 peratus kakitangannya meliputi bidang STEM.

Sementara itu Dr Abdul Aziz berkata pelbagai projek yang dipamerkan dalam program itu mampu menjadi platform yang baik kepada para peserta untuk meningkatkan budaya penyelidikan, inovasi dan pertukaran ilmu pengetahuan.

“Kita berharap program ini mampu menjayakan agenda negara bagi membangunkan modal insan yang inovatif dalam bidang STEM dan bijak mengaplikasikan teknologi ‘open source’ selaras dengan dasar pendidikan negara,” katanya.

Program PMOYST 2018 merupakan kerjasama FSM dengan Kerajaan Negeri melibatkan 25 sekolah menengah terpilih di seluruh Perak dengan pengisian program melibatkan dua fasa dalam usaha mencipta satu inovasi baru yang dapat menyelesaikan permasalahan berdasarkan aplikasi sains.

Selain itu, program yang bertemakan Transforming Young Minds, Creating Future Innovators itu juga bagi menunjukkan peranan generasi muda dalam kalangan pelajar bagi mempromosikan penemuan dan innovasi mereka ke tahap yang lebih tinggi. — BERNAMA

Tags: UPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd