• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Masih Buru Jho Low – KPN

oleh
11/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG — Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi memburu ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Siasatan terhadapnya berjalan macam biasa,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan usaha memburu Jho Low.

Blog Sarawak Report sebelum ini melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China. Bagaimanapun, laporan itu tidak mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak mengenai penahan berkenaan.

Pasport Jho Low dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun lepas atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB.

Terdahulu, Mohamad Fuzi mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat kapal layar mewah penuh kontroversi, Equanimity, yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre di sini.

Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan Jho Low dan skandal 1MDB, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd