• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Perumahan Baharu Diperkenal September

oleh
11/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan dasar perumahan rakyat baharu pada September ini khususnya untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata kajian menyeluruh akan dijalankan secepat mungkin agar harga minimun rumah kos rendah dapat diseragamkan memandangkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi negeri ini lebih rendah berbanding semenanjung.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Perumahan Tempatan Negeri bagi membincangkan perkara itu agar harga rumah mampu milik dapat diseragamkan sebelum kita umumkan kelak.

“Jika harga minimum ini ditetapkan maka para pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah sesuka hati,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat Samarahan di sini hari ini.

Zuraida berkata, melalui polisi baharu itu, spesifikasi sebuah rumah harus mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi.

“Selain keluasan, kementerian juga mahu pemaju yang mengendalikan projek itu nanti menyediakan kemudahan yang sempurna seperti surau, tadika dan taman permainan yang boleh menampung kapasiti penduduk di taman perumahan itu. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd