• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Lelaki Cuba Rompak Kapal Minyak Sawit Menuju Kuantan

oleh
11/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Sebuah bot tunda yang membawa muatan minyak sawit dari Felda Sahabat, Tungku ke Kuantan, Pahang hampir dirompak di perairan Tambisan dekat sini, petang semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata setibanya di perairan Tambisan sebuah bot yang dinaiki kira-kira 10 lelaki menghampiri dan menaiki bot tunda tersebut pada 6 petang.

“Tindakan pantas kesemua kru itu menyelamatkan diri dengan memasuki dek berkunci di dalam bot dan menghubungi pasukan keselamatan, bagaimanapun dapat menghalang mereka daripada menjadi mangsa rompakan di laut atau mengalami kecederaan.

“Kesemua penjenayah terlibat segera melarikan diri sebaik menyedari kehadiran bot keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengulangi saranan agar semua kapal atau bot di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) mengaktifkan AIS, melaporkan jadual perjalanan serta panggilan kecemasan sekiranya berlaku insiden tidak diingini di laut agar pihak ESSCom dapat mengambil langkah sewajarnya.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua kapal yang melalui perairan kawasan ESSZone supaya berwaspada dan kerap melaporkan kedudukan pergerakan kapal kepada Pusat Operasi ESSCOM untuk pemantauan keselamatan. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan

Tags: Esscomminyak sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd