• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Modus Operandi Baharu Along

oleh Cj Mnh
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis berjaya membongkar satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen menggunakan Mesin Penghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengiklankan tawaran pinjaman mereka, yang dipercayai kes pertama dilaporkan di Pahang, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali, kejayaan itu diperoleh hasil penahanan dua lelaki berumur 18 dan 22 tahun itu dalam satu serbuan terhadap sebuah kereta di Taman Seri Kuantan di sini, pada pukul 2 petang semalam.

“Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat daripada mangsa yang mendakwa suspek mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi.

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan alat Mesin Menghantar SMS yang disambung kepada sebuah komputer riba untuk menghantar tawaran pinjaman wang tanpa lesen, secara rawak kepada pengguna telefon bimbit sekitar kawasan sasaran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya hasil penahanan itu polis telah merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menghantar maklumat berkenaan antaranya sebuah Mesin Penghantar SMS, sebuah komputer riba, sekeping kad ATM, dua telefon bimbit yang terdapat dalam kenderaan suspek.

Katanya siasatan juga mendapati kedua-dua suspek telah mengelilingi hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia untuk menjalankan aktiviti itu dan kenderaan yang digunakan telahpun diubahsuai supaya dapat menampung jumlah voltan yang diperlukan mesin tersebut.

Berikutan itu Mohamad Noor menyeru kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran pinjaman wang tidak sah yang akan memudaratkan diri sendiri dan menasihati supaya melakukan pinjaman dengan institusi kewangan berlesen.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 13 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara hingga lima tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ahlongmodus operasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Sedar Risiko Pinjam Wang Along – TPM

25/02/2018
0

KUANTAN - Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung,...

Konco Ahlong Kurang Ajar Tersilap Simbah Cat

30/07/2017
0

“MINTA maaf kerana tersilap simbah cat.” Itu kata lelaki dipercayai ahlong dengan mudah mengungkapkan kata-kata berkenaan selepas menyimbah cat merah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd