• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Marathon Kuching 2018 Diberi Kawalan Keselamatan

oleh Cj Mnh
10/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (12 Ogos) akan diberi kawalan keselamatan ketat, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek.

Beliau berkata hotel penginapan peserta luar negara program larian marathon bertaraf antarabangsa anjuran Kuching Marathon Association (KMA) itu akan dikawal oleh anggota polis sebagai menjamin keselamatan mereka.

“Kita mahu memastikan acara ini bebas daripada sebarang bentuk ancaman yang boleh membahayakan keselamatan peserta ataupun menjejaskan kelancaran acara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 100 pegawai dan anggota polis dibantu 100 anggota Rela akan dikerahkan bertugas sepanjang acara itu berlangsung di Padang Merdeka Kuching selain beberapa jalan utama di sekitar bandar raya Kuching akan ditutup sepanjang acara itu berlangsung, mulai 1 hingga 8 pagi.

Sehubungan itu, Ng menasihatkan peserta atau orang ramai supaya meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir kereta di Taman Reservior, Taman Budaya, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Kereta Top Spot, Dewan Suarah, Tempat Letak Kereta Poliklinik Jalan Masjid dan Medan Letak Kereta Padang Jubilee MBKS.

Seramai 10,000 peserta dari 30 negara dijangka akan mengambil bahagian dalam acara marathon penuh (42km), separa marathon (21km) dan fun run (10km serta 5 km) yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM80,000. – BERNAMA

Tags: kawalan keselamtanmarathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Lebih 2,500 Sertai ‘Seniman Charity Fun Run 2018’

04/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melepaskan lebih 2,500 peserta termasuk kira-kira 100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd