• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Bayi Lemas Dalam Pesawat Tapi Kru Enggan Buka Pintu

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu dirakam merayu kepada kru penerbangan supaya pintu pesawat dibuka selepas bayinya tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih.

Dia memohon kepada kakitangan Pakistan International Airlines dari Paris ke Islamabad untuk membenarkannya mendapatkan udara segar sambil menunggu pesawat berlepas.

Penerbangan mengalami kelewatan selama dua jam dan penyaman udara rosak menyebabkan bayinya panas dan sesak nafas.

Suhu di Perancis pada masa itu dilaporkan 35 darjah celcius.

Dia memohon kepada dua kru kabin dan cuba menyejukkan bayinya dengan mengipasnya.

Penumpang lain juga dilihat masuk campur dengan membuat pertikaian sambil memaksa kakitangan membuka pintu pesawat. Mereka kesal dengan apa yang berlaku dan berkata syarikat penerbangan harus dipersalahkan jika sebarang perkara buruk berlaku kepada bayi itu.

Kakitangan cuba mendapatkan kebenaran untuk membuka pintu tetapi diberitahu mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

Akhirnya wanita itu kembali ke tempat duduknya untuk menenangkan keadaan sementara pelanggan lain terus memaki hamun kakitangan.

Syarikat penerbangan itu berkata penerbangan hanya tertunda selama 30 minit tetapi siasatan telah dilancarkan oleh presiden syarikat.

Mereka mengeluarkan satu kenyataan menyatakan: ‘PIA telah mengambil perhatian serius tentang kejadian malang yang berlaku pada PK750. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Musharraf Rasool Cyan telah mengambil perhatian segera dan serius dan telah meminta siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Kelewatan itu adalah selama 30 minit selepas pintu ditutup, pesawat sudah siap untuk ditolak. Walau bagaimanapun, pelepasan Kawalan Trafik Udara tidak diterima dan pesawat itu tidak dapat menghidupkan enjinnya kerana pesawat itu masih berada di landasan.” – metroUK/mStar Online

Tags: bayilemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd