• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tergesa-Gesa Mansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak terburu-buru untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang antara lain penggubalannya bertujuan melindungi mereka yang menjadi mangsa berita palsu mendapat keadilan.

Ketua Whip Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalan akta itu yang baru sahaja diwartakan pada 11 April lepas, dibuat dengan penelitian yang mendalam.

“Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasakan terdapat fasal atau seksyen yang tidak lagi bersesuaian atau lapuk, pindaan boleh dilakukan tetapi bukan dengan memansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azalina, walaupun terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan, masalah penyebaran berita palsu tidak dapat dikawal secara efektif dan pantas berikutan perkembangan teknologi semasa yang semakin pantas dan kompleks.

Ini kerana, katanya, undang-undang yang sering disebut dalam perkara ini seperti Kanun Keseksaan; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan; dan Akta Komunikasi dan Multimedia telah digubal pada atau sebelum tahun 1990-an yang tidak dapat menangani sifat kesalahan yang kompleks seiring dengan peredaran teknologi terkini.

“Jika dirujuk Janji 27 Manifesto PH, Akta Antiberita Tidak Benar ini tiada dalam senarai manifesto tersebut. Antara undang-undang yang dijanjikan untuk dimansuhkan adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan lain-lain.

“Namun saya berpendapat adalah lebih baik kerajaan memanfaatkan sidang kali ini dengan memberi keutamaan kepada undang-undang yang diperlukan rakyat Malaysia seperti undang-undang Gangguan Seksual, pindaan kepada Fasal 88A pada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA) dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta Antiberita Tidak BenarDatuk Seri Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

18/03/2023
0

KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang...

Azalina Sah Letak Jawatan Sebagai Penasihat Khas PM

Azalina Sah Letak Jawatan Sebagai Penasihat Khas PM

01/09/2022
0

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd