• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Dewan Rakyat Diberi Amaran

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memberi amaran kepada semua Anggota Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah di dalam Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata tindakan keras boleh diambil di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2), termasuk mengarahkan mereka keluar dari dewan untuk satu tempoh tertentu.

“Jika perkataan-perkataan ini disebut maka saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli Yang Berhormat yang gagal mematuhi peraturan-peraturan mesyuarat,” katanya selepas selesai sesi soal jawab lisan.

Beliau merujuk kepada perkataan berbaur lucah yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam insiden pertikaman lidah antara Anggota Parlimen Kinabatangan itu dengan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Su Keong Siong (PH-Kampar), pada Selasa (7 Ogos).

Sambil melahirkan kekesalannya, Mohamad Ariff berkata perkataan-perkataan kurang sopan juga pernah dikeluarkan oleh anggota-anggota Parlimen lain sebelum ini, yang mana ia tidak menghormati dan mencemarkan Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan Peraturan Mesyuarat 36 (4) memperuntukkan adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli dewan menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang seksis.

Katanya walaupun Anggota Dewan Rakyat yang melakukan kesalahan tersebut telah memohon maaf dan menarik balik perkataan kurang sopan mereka, namun ia dilihat sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ malah ada yang mengulangi kesalahan tersebut.

“Mengenai tingkah laku Yang Berhormat Kinabatangan (Bung Moktar) dan pertuturan perkataan berbaur lucah dalam majlis 7 Ogos yang lalu, saya ingin nyatakan sekiranya tingkah laku yang sama diulang, Yang Berhormat Kinabatangan akan dikeluarkan dari Dewan yang mulia ini dengan serta-merta untuk satu tempoh seperti yang diperuntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 44,” katanya. – BERNAMA

Tags: anggota parlimenkata kesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susunan Kerusi Parlimen Berubah Jika Benar Anggota Parlimen Lompat Parti

22/12/2018
0

BATU PAHAT - Susunan kerusi dalam Parlimen berkemungkinan akan berubah sekiranya benar terdapat beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang...

Biar Polis Siasat Dakwaan Dicabul Anggota Parlimen

30/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd