• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Kajang Sesak, Kadar Penggunaan Katil Cecah 150% Sehari

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Hospital Kajang sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.

Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.

Katanya kadar kemasukan tinggi itu telah memaksa pihak hospital menerima kemasukan pesakit walaupun melebihi kapasiti hospital berkenaan.

Oleh itu Dr Dzulkefly berkata beliau telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil.

“Buat masa ini Hospital Kajang mempunyai 326 katil, jadi saya telah minta supaya pihak hospital buat permohonan sekurang-kurangnya tambah 15 katil lagi.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, pihak kementerian bercadang untuk membina blok tambahan dan menaik taraf bangunan sedia ada,” kata Dr Dzulkefly kepada pemberita setelah melawat hospital itu di sini, hari ini.

Lawatan itu dibuat bagi meninjau kesesakan hospital itu susulan aduan seorang pengguna di laman Twitter bulan lalu yang turut mendapat reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang juga diharap dapat menampung jumlah kemasukan pesakit yang meningkat.

Menurutnya, projek yang dijangka siap pada 2021 itu bakal mempunyai kapasiti sebanyak 272 katil.

“Dengan adanya projek naik taraf ini kami harap fasiliti baharu ini akan beri keselesaan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospital kajangsesak
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tikam Rakan Kerana Dadah, Sumbat Mayat Dalam Peti Ais

Trafik Ke Lembah Klang Mulai Sesak

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung...

Trafik Sesak Lebih 58 Km Di LPT1, Karak Menuju Ibu Negara

Trafik Sesak Lebih 58 Km Di LPT1, Karak Menuju Ibu Negara

02/07/2023
0

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa apabila ramai dilihat memulakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd