• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Teliti Cadangan Penambahbaikan PRU

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan penambahbaikan bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) telah mengemukakan cadangan penambahbaikan selepas meneliti pandangan pelbagai pihak.

“Cadangan pembaharuan ini sekiranya dilaksanakan akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan pilihan raya. Pengemaskinian dan penelitian kepada proses sedia ada memerlukan tempoh masa yang bersesuaian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu mengenai langkah-langkah serta strategi jangka pendek dan panjang kerajaan dan SPR untuk menguatkan dan memulihkan integriti sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Menjawab soalan tambahan Khoo yang mahu kerajaan mengarahkan SPR menyelesaikan isu daftar pemilih yang sering mencetuskan kontroversi dalam pilihan raya, Mohamed Hanipa menegaskan kerajaan tidak akan mengganggu tugas SPR sebagai badan bebas dan berkecuali.

“Kita tidak akan ganggu tugas SPR. Kita akan beri SPR autonomi untuk berperanan sebagai badan bebas. Inilah badan yang dijamin oleh perlembagaan yang kita harap dapat jalankan tugas tanpa gentar atau pilih kasih,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanya tentang pendaftaran pengundi secara dalam talian dan usul had umur layak mengundi daripada 21 tahun direndahkan kepada 18 tahun, Mohamed Hanipa berkata perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.

“Hasrat untuk mewajibkan pendaftaran pengundi memang ada dalam perkiraan kita tetapi masih belum dapat dilaksanakan lagi.

“Hasrat untuk turunkan peringkat umur juga belum ada keputusan secara rasmi. Perkara ini akan dibawa kepada pihak berkaitan untuk difikirkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pembaharuanSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd