• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan Serantau Paksa Habsyah Tutup Akses Internet

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIROBI/ADDIS ABABA – Kerajaan Habsyah menutup akses internet di timur negara itu di tengah wabak keganasan di sana, kata penduduk semalam, cabaran dihadapi Perdana Menteri reformis Abiy Ahmed dalam membendung ketegangan etnik di beberapa bahagian negaranya.

Seorang penduduk dari rantau Oromia dan seorang lagi dari bandar Harar berkata, talian internet tidak dapat digunakan selama tiga hari, kali pertama akses itu diputuskan sejak Parlimen menarik balik perintah darurat Jun lalu.

Keganasan meletus Sabtu lalu di Jijiga, ibu kota rantau Somali Habsyah dengan samseng mencuri harta benda milik minoriti etnik.

Seorang saksi berkata, pihak berkuasa keselamatan menembak mati empat orang. Kerajaan berkata, kekacauan itu dicetuskan pegawai serantau.

Jurucakap kerajaan, Ahmed Shide memberitahu Reuters semalam, presiden di rantau Somali berundur dan jawatan beliau tidak dikembalikan, bertentangan dengan laporan media tempatan.

Shide enggan mengulas isu pemotongan internet, kali pertama dilaporkan kumpulan hak asasi digital, Access Now.

Penduduk di Oromia dan Harar berkata, mereka bimbang keganasan mungkin merebak dari rantau Somali ke bahagian lain di timur Habsyah, sebahagiannya kerana rusuhan etnik adalah punca kekacauan yang menjejaskan negara itu selama tiga tahun sehingga peletakan jawatan Perdana Menteri Hailemariam Desalegn Februari lalu.

Kerajaan melaksanakan perintah darurat Februari lalu, sehari selepas Desalegn meletak jawatan, susulan tiga tahun bantahan jalanan dan rusuhan ganas.

Sejak menggantikan Desalegn pada April lalu, Ahmed berusaha menangani situasi politik dan ekonomi di negara dengan 100 juta penduduk itu, namun keganasan etnik berterusan memberi cabaran kepada pembaharuannya.

Hampir sejuta rakyat Habsyah hilang tempat tinggal akibat keganasan etnik di rantau Somali dan Oromia serta tempat lain, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – Reuters/BH ONLINE

Tags: Habsyahinternet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd