• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Aktivis Kapal Gaza Dihantar Pulang

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOCKHOLM – Tujuh aktivis Sweden yang ditahan tentera laut Israel kerana cuba melanggar sekatan di Gaza sudah dihantar pulang ke negara mereka, kata penganjur kapal Ship to Gaza semalam.

Empat daripada aktivis itu tiba di negara Scandinavia berkenaan semalam manakala tiga lagi tiba kemudian, kata jurucakap Ship to Gaza Sweden, Dror Feiler kepada AFP.

Tentera laut Israel berkata, ia memintas kapal Freedom for Gaza lewat Jumaat lalu ‘mengikut undang-undang antarabangsa’ dan membawanya ke pelabuhan Ashdod.

Kapal itu membawa bekalan perubatan dan memiliki sejumlah 12 kru dan aktivis di dalamnya, terdiri daripada Sweden, Sepanyol, Kanada, Jerman dan Perancis yang kesemuanya sudah dihantar pulang, kata Feiler.

Sementara itu, Menteri Luar Sweden Margot Wallstrom berkata semalam, tindakan Israel memintas kapal berkenaan, menaikinya serta menahan aktivis dan kru, melanggar undang-undang antarabangsa.

“Kerajaan Sweden berhubung dengan pihak berkuasa Israel mengenai Ship to Gaza dan menegaskan, tindakan Israel berkaitan kapal berkenaan dan aktivis di dalamnya tidak disokong undang-undang antarabangsa,” kata Wallstrom dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan pada masa sama menuntut supaya kapal itu dan kargonya dilepaskan.

Semenanjung Gaza berada di bawah sekatan Israel selama lebih sedekad, memberi alasan ia perlu untuk menghalang pentadbiran Hamas daripada memperoleh senjata.

Penganjur berkata, Freedom adalah bot kedua daripada ‘Freedom Flotilla’ dipintas dalam perjalanan untuk memecah sekatan terhadap Gaza.

Empat bot meninggalkan Scandinavia pertengahan Mei lalu dan berhenti di 28 pelabuhan sepanjang perjalanan, dengan dua lagi berada di belakang selepas berhenti seketika di pelabuhan Palermo, Itali.

Ahad lalu, tentera laut Israel memintas bot aktivis membawa bendera Norway, sebahagian daripada flotila berkenaan.

Pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa sekatan ditarik balik, memetik situasi merosot kemanusiaan di wilayah terkepung Palestin ditadbir Hamas di mana 80 peratus daripada dua juta penduduknya bergantung kepada bantuan. – AFP/BH ONLINE

Tags: aktivisIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd