• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YaPEIM Dalam Radar Siasatan JPM – Mujahid

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana agensi di bawah jabatan itu jika dikesan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran.

Beliau berkata ini termasuklah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang menguruskan puluhan cawangan ar-Rahnu yang menawarkan skim pajakan emas secara Islam di seluruh negara.

“Sekarang semua ada dalam fail untuk kita tengok di mana masalah-masalah yang timbul dan saya bagi jaminan segala perkara yang kita dapati ada penyelewengan sudah tentu kita tidak akan biarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama masyarakat anjuran Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan (PRiKEL) di sini, malam tadi.

Pada 2015, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa berlaku penyalahgunaan dan penyelewengan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran yang berlaku dalam YaPEIM.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata jawatankuasa yang ditubuhkan antara pentadbiran kerajaan Persekutuan terdahulu dan kerajaan negeri dalam membincangkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) kini tidak lagi berfungsi.

“Dasar kerajaan baharu melihat Mahkamah Syariah dalam kerangka yang lebih holisitik. Ia lebih melihat kepada intipati dari segi hakim, penguatkuasaan, infrastruktur dan lain-lain.

“Perkara-perkara itu adalah keutamaan kita, maka sekadar RUU355 itu belum menentukan bahawa mahkamah boleh diperkasakan,” katanya.

Mengulas tentang Guru Takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Mujahid berkata pihaknya sedang merangka metode penilaian bagi menilai kembali kualiti tugas-tugas guru dalam bidang berkenaan.

“Sistem itu (metode penilaian) kita sedang buat dan bukan mudah kerana ada lebih 30,000 Guru Takmir dan KAFA, dan ada peperiksaan KAFA yang standard daripada kurikulum kita.

“Itupun kita perlu baiki juga bagi memastikan kualiti anak-anak kita yang belajar di (kelas) KAFA itu betul-betul sampai di tahap yang kita hajatkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: yapeim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

80 Asnaf Terima Sumbangan Daripada YaPEIM

02/06/2022
0

Kuala Lumpur : Seramai 80 asnaf menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi meringankan beban serta sempena...

“PH Kantoi Fitnah Tapi Tak Pernah Minta Maaf” – Najib

05/07/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini memfitnah dirinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd