• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut Nahas Dengan Treler Dekat Pontian

oleh
08/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di KM65.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, dekat Api-Api, Pontian, hari ini.

Mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian DSP Azri Noraini menerusi kenyataan berkata kejadian 3.35 petang itu dipercayai berlaku apabila treler terbabit yang dari arah Pontian menghala Benut, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Perodua Kancil dinaiki suami isteri dari Ayer Baloi ke Pontian itu.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila treler terbabit cuba mengelak sebuah kereta lain yang tidak dapat dikenal pasti yang ingin membelok ke Jalan Parit Satu, Pontian.

“Pemandu treler cuba menghentikan trelernya dengan membrek sejauh kira-kira 36 meter hingga menyebabkan ia memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Kancil,” katanya.

Beliau berkata pemandu treler berkenaan, seorang lelaki berumur 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya mayat suami isteri itu dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd