• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup KSCIP Bakal Jejas Hubungan Dengan Saudi

oleh
08/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menghadap Raja Arab Saudi bagi memastikan penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) secara serta-merta tidak jejas hubungan baik Malaysia-Arab Saudi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan dibuat secara unilateral tanpa perbincangan dua hala dengan pihak kerajaan Arab Saudi dikhuatiri boleh jejas hubungan akrab dua negara yang sudah lama terjalin.

Katanya, penubuhan KSCIP merupakan pengiktirafan khas Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada Malaysia yang dikagumi baginda sebagai negara yang mengamalkan model Islam berteraskan prinsip Wasatiyyah.

“Arab Saudi juga bersetuju untuk biayai sepenuhnya segala kos operasi KSCIP termasuk pembinaan bangunannya dengan matlamat agar Malaysia dapat promosi wajah sebenar Islam kepada dunia terutama dalam menangani isu keganasan global.

“Justeru, saya berharap pihak kerajaan dapat mengambil pendekatan yang lebih berdiplomasi dan berhikmah dengan menghantar delegasi mengadap Raja Arab Saudi bagi menzahirkan hasrat kerajaan.

“Ini sekali gus memastikan hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi terpelihara dan rakyat dapat terus menikmati natijah positif daripada hubungan ini,” kata Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mengumumkan bahawa kerajaan PH akan bertindak menghentikan operasi KSCIP malah dengan angkuh berkata bahawa pusat itu ditutup serta-merta.

Fungsi KSCIP sebaliknya ujar beliau akan diserap ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) di bawah Kementerian Pertahanan. – Mynewshub.TV

Tags: Arab SaudiKSCIPRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd