• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Kacang Tumpas, Tiga Suspek Pecah Rumah Ditahan

oleh
08/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali ‘Geng Kacang’ yang aktif melakukan jenayah itu di daerah Pendang dan Kota Setar sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata ia berikutan penangkapan tiga lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 40-an dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada 2 dan 5 Ogos lepas.

Katanya dalam serbuan pertama pada 9.30 malam itu pihaknya menahan dua lelaki termasuk ketua kumpulan dikenali ‘Kacang’ di sebuah rumah di Kampung Batu Menunggul di sini yang kemudian menahan seorang lagi anggota kumpulan itu pada 5.30 petang di kampung sama dalam serbuan kedua.

“Soal siasat mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam 20 kes pecah rumah di mana enam kes di lakukan di Pendang yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM10,000 dan 14 kes di daerah Kota Setar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arriz Sham berkata pihaknya turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu selain enam unit televisyen, satu tablet, komputer riba dan ketuhar elektrik yang dipercayai dicuri.

“Modus operandi ‘Geng Kacang’ ini adalah dengan menyasarkan rumah di kawasan taman dan inap desa yang tidak berpenghuni bermula pukul tiga petang hingga 12 tengah malam,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek turut positif dadah dan mereka ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda. – BERNAMA

Tags: Geng Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Suspek Pecah Rumah Guna Estima

18/11/2018
0

KUANTAN - Polis memburu tiga lelaki yang disyaki melakukan kejadian pecah rumah di Kuantan dan Rompin, dengan menggunakan kereta mewah...

Polis Tahan 4 Individu, Tumpas Geng Pecah Rumah

14/11/2018
0

SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur antara 22 dan 47 tahun yang dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd